Wednesday, September 30, 2009

Coretan Shawal 2009/1430H

Alhamdulillah kita telahpun berjaya berposa & beribadat selama sebulan. Sedar tak sedar kita dah nak masuk tengah bulan Shawal. Rasanya belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Tahun nie adalah tahun terakhir aku beraya dengan mak tok aku. Alhamdulillah, dia selamat ke rahmatullah setelah lebih setengah tahun dia bertarung dengan kanser. Doa aku kepada Allah supaya arwah pergi dengan aman, tenang & selepas bulan Ramadhan diperkenankan pada 2 Shawal 1430h lebih kurang jam 1.30ptg.

Aku adalah cucunya yang terakhir menjaga arwah di hospital setelah arwah sendiri meminta untuk dihantarkan ke sana walaupun dulu dia taknak dah masuk hospital. Arwah mengeluh sakit sepanjang perjalanan menaiki ambulan, sebagai cucu, aku hanya dapat menenangkannya dengan berkata:

"Mak tok ingat Allah tau, nanti Dia kurangakan & hilangkan sakit mak tok tau... La Ila ha illAllah.."

Aku dok ulang ayat tu sampai ke wad. Pihak hospital memasang alat check nadi & ntah pe pe ntah & aku perhatikan skrin alat tu selama 30min, aku perasan yang denyut nadinya berkurangan dari 25kali seminit kepada 23. Walaupun aku bukan medical practitioner tapi aku paham sgt jika nombor tu berkurang. Aku terus rapat ke wajah arwah & membisikkan zikir munajat untuk menenangkan arwah. Sejam selepas tu dia buka kedua-dua matanya, melihat keluar jendela beberapa kali & aku berkata pada dia:

"Mak tok tengok luar ke? takpe, nanti maktok sihat, kita pi jalan kat luar yee.."

Ya Allah... maafkan aku kerana menipu walaupun aku tau mustahil dia berjalan seperti dulu. Aku sayu melihat dia tercungap-cungap bernafas. Lalu dia meminta air, aku amik sudu & suapkan air ke mulutnya. 2 sudu je dia minum, aku paksa mak tok aku minum sesudu lagi dengan kata:

"Mak tok minum sket lagi yee... Mak tok sayang Sabree kan? Mak tok sayang Sabree, mak tok minum sket lagi yee..."

Aku tak tau la macammana nak gambarkan ketika itu, sayu tahap maximum beb. Last2 isteri, mak & ayah aku datang melawat. Aku turun untuk mengisi perut di kafeteria dengan isteri aku. Jam 1.20ptg, aku meminta ayah menghantar aku balik untuk mengambil kereta aku pasal aku nak balik Ipoh lepas lunch. Aku call isteri aku tapi tak jawap. Ahh... dalam toilet kut... Call punya call, isteri aku kata:

"Abg... naik atas cepat..."

Aku lari ke arah ayah aku, pastu aku terus naik ke wad. Mak tok dalam keadaan terlentang.

InnaLillah Wa Inna Ila Hirajiuun....Italic

Dihati aku rasa sebak pasal aku cucu terakhir yang jaga dia, rasa sedih pasal mak tok dah takde, rasa lega sebab mak tok aku dah tak perlu terseksa pasal penyakit kanser, rasa syukur psl doa aku makbul, rasa bersalah psl aku menipu & tak boleh minta maaf pada arwah.

Ya Allah... kau masukkanlah mak tok aku ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

No comments:

Post a Comment