Saturday, March 9, 2013

Harapan

Komukasi... Penggunaan ayat hasil daripada jemaah perkataan yang dicetuskan daripada pemikiran dicampur tolak keadaan hati seseorang. Bagi yang tidak mampu bersuara, gerak anggota badan mampu menterjemahkan apa yang mahu disampaikan kepada seseorang itu.

Aku? Seringkali gagal dalam komunikasi seharian. Apa yang mahu diutarakan majoritinya disalah terima oleh yang lain, termasuk yang terhampir dan 9/10 akibatnya menyebabkan emosi aku terganggu. Segalanya mungkin terjumlah dan nilainya terlalu besar untuk dilupakan walaupun aku mampu berbuat demikian, lebih tepat lagi tidak mengendahkan. Memang dari luaran aku ok... Boleh berjenaka dan bergelak ketawa tapi dalam hati aku tak siapa pun tau kecuali Dia.

Mungkit disebabkan semua ini, aku telahpun berubah daripada spesis yang mesra alam kepada yang suka bersendirian. Bosan? Memanglah yang amat tapi apa yg perlu aku buat untuk meredakan emosi celaru aku? Ayat mat saleh yang masyur "laughter is the best cure" merajahkan proses menyelesaian tapi bukankah itu cara untuk melarikan diri sebentar daripada masalah? Kira tu macam mengelat kan? Masih lagi & tetap masalah berada disitu yang harus diselesaikan.

Fikirkan sejenak apa yang terbaik untuk semua & selesaikan. Tidak semestinya kita dapat memuaskan hati semua pihak, yang penting kita percaya & berpegang penyelesaian yang dicapai adalah terbaik untuk semua. Allah saja mengetahui apa yang aku lakukan adalah yang terbaik untuk semua....